
Hari Bertemu Pelanggan ROY Utara Meriah di Karnival Belia Pulau Pinang 2025
- ukk
26 Januari 2025, Bandar Tasek Mutiara, Pulau Pinang - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Utara telah menyertai Hari Bertemu Pelanggan bersempena Karnival Belia Pulau Pinang 2025, anjuran Penang Youth Development Corporation (PYDC) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang (JBSN Pulau Pinang) serta Majlis Belia Negeri Pulau Pinang.
Reruai ROY mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan belia sekitar Simpang Ampat dan Seberang Perai Selatan. Ramai yang hadir untuk mendapatkan maklumat mengenai peranan serta fungsi ROY, selain menunjukkan minat dalam penubuhan pertubuhan belia. Beberapa pertubuhan belia turut memanfaatkan peluang ini untuk menghantar Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), manakala pertubuhan Junior Chamber International (JCI) telah menyempurnakan proses pindaan perlembagaan mereka mengikut peruntukan akta A1602.
Hari Bertemu Pelanggan ini lebih bermakna dengan kehadiran YB Dr. Daniel, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, yang turut meluangkan masa mengunjungi reruai ROY dan berinteraksi dengan para belia serta wakil pertubuhan yang hadir.
Penyertaan ROY dalam acara ini selari dengan komitmen berterusan dalam memperkasakan pertubuhan belia serta memastikan pematuhan terhadap Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Pindaan 2019).