Berita KBS

Kunjungan Hormat Majlis Belia Malaysia Ke Atas YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan

Kunjungan Hormat Majlis Belia Malaysia Ke Atas YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan

7 Februari 2025, Putrajaya - Kepimpinan baharu Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjung hormat ke atas YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Hadir mengetuai kunjungan tersebut, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM.

Pertemuan ini merupakan sesi pengenalan pertama bagi barisan kepimpinan baharu MBM susulan pemilihan yang berlangsung pada 11 Januari 2025 yang lalu. 

Dalam sesi ini, YB Timbalan Menteri berkongsi beberapa amanat penting yang boleh menjadi panduan dalam memperkukuh peranan MBM sebagai rakan strategik KBS dalam memperkasakan golongan belia.

MBM juga turut berkongsi pandangan serta cadangan berkaitan inisiatif dan program yang dapat memberi impak positif kepada pembangunan belia di Malaysia.

KBS yakin kerjasama erat dengan MBM mampu memperkasa dan memperhebatkan agenda pembangunan belia secara lebih inklusif dan berkesan.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #KitaSemuaTeamMAS

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 23-04-2025, 11:22:04

Jumlah Pengunjung Laman :

Search