Berita KBS

SEMARAK TAHUN BAHARU CINA: PERSEMBAHAN TARIAN SINGA

SEMARAK TAHUN BAHARU CINA: PERSEMBAHAN TARIAN SINGA

10 Februari 2025, Putrajaya - Tahukah anda Tarian Naga & Singa  merupakan antara 103 jenis sukan yang tersenarai di bawah Jadual Pertama Akta 576!

Bagi memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina, satu persembahan tarian singa oleh Akademi Seni Putera Selangor telah diadakan di Menara KBS, hari ini.

Persembahan ini merupakan simbolik semangat perpaduan, keharmonian dan kepelbagaian budaya di negara ini.  

Semoga di musim perayaan ini melahirkan rasa hormat-menghormati sesama insan dan meraikan kepelbagaian serta semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya warga KBS.

Turut menyaksikan persembahan YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan; YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan & YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 23-04-2025, 11:22:04

Jumlah Pengunjung Laman :

Search