
Kunjungan Hormat Majlis Belia Malaysia Ke Atas YB Menteri Belia dan Sukan
- ukk
13 Februari 2025, Kuala Lumpur - Bagi memperkukuhkan dan memperkasa agenda pembangunan belia Malaysia, kepimpinan baharu Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjung hormat ke atas YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.
Kunjungan hormat MBM yang diketuai Presiden, Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid bertujuan mempertingkatkan lagi kerjasama strategik antara MBM dengan KBS dalam usaha memperkasakan belia Malaysia khasnya menerusi Rakan Muda.
Antara perkara yang turut dibincangkan seperti transisi umur belia, sukarelawanan, isu dadah, Hari Belia Negara 2025, program ASEAN dan sebagainya.
KBS yakin kerjasama erat dengan MBM mampu memperkasa dan memperhebatkan agenda pembangunan belia secara lebih inklusif dan berkesan.
Turut hadir YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #KitaSemuaTeamMAS