Berita KBS

Konsert Muzik Orkestra Remaja Kuala Lumpur X Rakan Muda 2025

Konsert Muzik Orkestra Remaja Kuala Lumpur X Rakan Muda 2025

15 Februari 2025, Kuala Lumpur - Konsert Muzik Orkestra Remaja Kuala Lumpur X Rakan Muda 2025 berlangsung dengan penuh gemilang di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Konsert yang turut dihadiri YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyaksikan sebanyak 14 buah lagu telah dipersembahkan antaranya Howl’s Moving Castle, Alice in the Wonderland, Les Misérables dan Overture: Mulan.

Menghimpunkan seramai 90 orang bakat muda menerusi kem muzik yang telah berlangsung pada 10 hingga 14 Februari 2025, konsert turut diserikan dengan tribute kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Bertemakan filem terkenal tanah air dan antarabangsa, Konsert Muzik Orkestra Remaja Kuala Lumpur x Rakan Muda 2025 diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada belia lain untuk terus bergiat dalam industri kreatif.

Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #KitaSemuaTeamMAS  #MADANIBekerja

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 23-04-2025, 11:22:04

Jumlah Pengunjung Laman :

Search