
Anugerah Sukan Pekak Negara 2024
- ukk
20 Februari 2025, Kuala Lumpur - YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir di Anugerah Sukan Pekak Negara 2024 bertempat di Kuala Lumpur.
Majlis yang diserikan dengan kehadiran YAM Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah ini diadakan untuk memberi apresiasi kepada semua atlet pekak negara dan pihak yang terlibat dalam memartabatkan sukan orang pekak di dalam negara.
Mohd Zaidi Awang dari sukan boling telah dinobatkan sebagai Olahragawan MSDeaf manakala Boon Wei Ying dari sukan badminton diumumkan sebagai Olahragawati.
Bagi memastikan kecemerlangan atlet sukan pekak negara terus diperkasakan, KBS dalam Belanjawan 2025 mengumumkan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) sebagai persiapan buat atlet yang akan mewakili negara di Sukan Orang Pekak Asean di Jakarta pada Julai dan Deaflympics Tokyo, November ini.
#TeamKBS #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS