Berita KBS

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA 2025

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA 2025

22 Februari 2025, Negeri Sembilan - Tahniah diucapkan kepada PKPIM Kebangsaan kerana telah menjayakan Kursus Pengurusan Organisasi bertempat di Dewan Auditorium, Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) telah dijemput untuk bersama-sama memberi perkongsian serba sedikit mengenai Modul Pengurusan Organisasi dan MYKD kepada para peserta yang hadir. Sesi perkongsian tersebut telah disampaikan oleh Puan Nurhamizah binti Kamarun Majif, Penolong Pendaftar dari Cawangan Penyelarasan dan Pemantauan.

Seramai hampir 100 orang belia dan beliawanis yang terdiri daripada barisan kepimpinan PKPIM Induk, Negeri dan Cawangan telah hadir dan mengikuti Kursus ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada PKPIM juga para peserta yang telah menunjukkan komitmen dan perhatian penuh dalam menjayakan Kursus ini. Semoga terus belajar dan terus berbuat jasa pada masyarakat. Didoakan moga kalian berjaya menjadi pemimpin hebat di masa depan selari dengan moto PKPIM "Hidup Biar Berjasa".

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 23-04-2025, 11:22:04

Jumlah Pengunjung Laman :

Search