
Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas
- ukk
26 Februari 2025, Sepang - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh mengadakan lawatan rasmi ke IKTBN Sepang bagi meninjau pelaksanaan Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas.
Seramai 287 orang belia autisme dan berkeperluan khas telah menerima manfaat melalui program ini menerusi 13 Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan di seluruh negara.
Program ini dapat membuka peluang kepada belia autisme dan berkeperluan khas untuk memperoleh kemahiran dan meningkatkan keyakinan diri serta membina masa hadapan yang lebih terjamin.
Dalam sesi lawatan di IKTBN Sepang ini, YB Menteri menyaksikan sesi latihan kemahiran dalam pembuatan roti dan beramah mesra bersama belia yang terlibat.
KBS turut bekerjasama rapat dengan NASOM, Yayasan GAMUDA, UKM dan YANIS bagi membuka lebih banyak peluang latihan kemahiran di masa hadapan.
KBS sentiasa komited memastikan setiap kumpulan belia Malaysia mendapat akses sama rata dalam bidang pendidikan dan latihan kemahiran.
Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MADANIBekerja #KitaSemuaTeamMAS