
Program Ihya’ Ramadan
- ukk
11 Mac 2025, Putrajaya - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri hadir di Program Ihya’ Ramadan anjuran KBS bertempat di Menara KBS.
Program yang turut disertai YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan ini sebagai wadah YAB Perdana Menteri menyantuni warga KBS bagi memanfaatkan bulan Ramadan dengan mengisi amalan kerohanian menerusi majlis ilmu yang penuh keberkatan.
Antara pengisian program ialah Tazkirah Ramadan yang bertajuk Ramadan: Tarbiah Emosi dan Jasmani Belia MADANI yang disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd Lukmanul Hakim bin Mokhtar, penceramah dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diikuti solat Zohor berjemaah.
Hampir 400 warga KBS dan agensi turut hadir mengimarahkan sesi majlis ilmu tersebut.
Sebelumnya, YAB Perdana Menteri berkesempatan bertemu dengan pengurusan tertinggi KBS untuk membincangkan pelbagai perkara berhubung pemantapan tatakelola serta inisiatif KBS berkaitan pembangunan belia dan sukan.
Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan & YBhg. Ts. Dato’ Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja