Berita KBS

Mesyuarat Bersama Persekutuan Badminton Dunia (BWF)

Mesyuarat Bersama Persekutuan Badminton Dunia (BWF)

12 Mac 2025, Kuala Lumpur - Delegasi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diketuai oleh Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu mengadakan mesyuarat bersama Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Ibu Pejabat BWF di Kuala Lumpur. 

BWF merupakan badan sukan dunia yang menjadikan Malaysia sebagai hab pentadbiran badminton dunia sejak tahun 2005. 

Dalam mesyuarat tersebut, Mr. Thomas Lund, Setiausaha Agung BWF telah membentangkan mengenai perancangan BWF dalam memainkan peranan yang lebih efektif dalam memacu ekosistem badminton di peringkat global. 

Dalam perbincangan tersebut, pihak KBS juga telah menyatakan komitmen dalam menjalin hubungan yang lebih erat serta memudahcara BWF dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya. 

Turut hadir adalah YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Encik Ahmad Faedzal bin Md Ramli, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa (BHA) serta para pegawai KBS.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 29-04-2025, 17:19:43

Jumlah Pengunjung Laman :

Search