
Program Rakan Muda Ramadan Tahun 2025
- ukk
12 Mac 2025, Putrajaya - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan melancarkan Program Rakan Muda Ramadan Tahun 2025.
Rakan Muda Ramadan merupakan platform pengisian aktiviti belia pada bulan Ramadan yang dilaksanakan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Memfokuskan kepada penyerlahan bakat belia melalui aktiviti berbentuk pertandingan seperti pertandingan hafazan al-Quran, pertandingan azan, nasyid, bercerita dan aktiviti khatam al-Quran.
Inisiatif ini bertepatan dengan konsep Ihya’ Ramadan yang diberi penekanan oleh baginda Rasulullah SAW.
YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan turut hadir menyantuni golongan belia daripada pelbagai latar belakang seperti belia dari Projek Perumahan Rakyat (PPR), belia OKU, belia dalam kalangan pekerja gig, belia Orang Asli serta Majlis Belia Malaysia
(MBM).
Program diakhiri dengan Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh KBS bertempat di Menara KBS.
Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI