
Santai KBS - Penjawat Awam dan Pembelajaran Berterusan
- ukk
14 Mac 2025, Putrajaya - Telah berlangsung sesi Santai KBS oleh Puan Zuridawati Ahmad, Penolong Pegawai Tadbir Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), KBS dengan tajuk ‘Penjawat Awam dan Pembelajaran Berterusan’.
Santai KBS anjuran UKK, KBS ini memberi peluang kepada warga KBS untuk membuat perkongsian ilmu agar dapat memberi manfaat kepada semua kakitangan KBS.
Dalam sesi perkongsian kali ini, Puan Zuridawati berkongsi kebaikan untuk penjawat untuk menyambung pelajaran bagi meningkatkan kemahiran diri, kualiti kerja dan sebagainya khasnya bagi kumpulan pelaksana.
Beliau juga turut berkongsi proses permohonan yang perlu dilakukan oleh penjawat awam jika berminat untuk menyambung pelajaran.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja