
Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Sarawak
- ukk
13 Mac 2025, Kuching, Sarawak - Sesi penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Sarawak bagi kategori Pertubuhan Belia telah diadakan selama 2 hari di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Sebanyak 5 buah pertubuhan belia di Sarawak telah menyertai APBN pada tahun ini iaitu;
i) YMM Negeri Sarawak (secara fizikal)
ii) Persatuan Belia Samarahan (secara fizikal)
iii) JCI Jalan Tanjung Kidurong (secara atas talian)
iv) Kelab Belia Perkasa Taman Marina (secara atas talian)
v) Kelab Belia Pekan Pakan (secara atas talian)
Pn. Normala bt Razali dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sarawak telah dilantik sebagai salah seorang panel untuk menilai aspek Pentadbiran dan Pengurusan Am sepanjang sesi penilaian dijalankan.
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pertubuhan belia yang bertanding.