
Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Perlis
- ukk
Pada 5 hingga 6 Mac 2025, sesi penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) peringkat Negeri Perlis telah berlangsung dengan penyertaan tiga pertubuhan belia. Pertubuhan yang bertanding ialah Persatuan Belia Banggol Sena, Mata Air; Angkatan Belia MFLS Cawangan Perlis; dan Kelab Belawanis Unggul Arau.
Penilaian telah dijalankan oleh panel hakim yang berpengalaman, terdiri daripada:
i. Prof. Dr. Mohd Marsyid Arshad – Ketua Panel, Pensyarah Universiti Putra Malaysia
ii. YB Seruandi bin Saad – Mantan Senator, Ahli Dewan Negara
iii. Puan Noor'azah binti Ali @ Ahmad – Pegawai Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Utara
Tahniah diucapkan kepada semua pertubuhan yang telah menyertai APBN Negeri Perlis. Semoga usaha dan komitmen dalam pembangunan belia terus diperkasa.