Berita KBS

Majlis Pra-Pelancaran ASEAN Sports ADR Forum 2025 “Ensuring Fair Play: Advancing Sports Dispute Resolution in ASEAN”

Majlis Pra-Pelancaran ASEAN Sports ADR Forum 2025 “Ensuring Fair Play: Advancing Sports Dispute Resolution in ASEAN”

17 Mac 2025, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Majlis Pra-Pelancaran ASEAN Sports ADR Forum 2025 “Ensuring Fair Play: Advancing Sports Dispute Resolution in ASEAN” .

Majlis yang turut dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) merupakan program bersempena Kepengerusian ASEAN 2025 menerusi kerjasama antara KBS dengan BHEUU JPM & Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC).

Penganjuran program ini adalah bagi memperkasa agenda dalam mempromosikan perkembangan industri ADR ke arah memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai sebuah destinasi timbang tara pilihan, sekaligus memacu reputasi Malaysia sebagai sebuah hab ADR di peringkat serantau dan antarabangsa. 

Pemerkasaan agenda ini akan turut merangkumi aspek timbang tara sukan (sports arbitration) dengan objektif untuk memperkukuh keterangkuman, integriti dan kemampanan dalam tadbir urus sukan. 

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 29-04-2025, 17:19:43

Jumlah Pengunjung Laman :

Search