Santai KBS - Random Action of Kindness
- ukk
21 Mac 2025, Putrajaya - Santai KBS kali ini membicarakan Random Action of Kindness yang telah disampaikan oleh En. Mohammad Shukeri bin Drahman
Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN.
Perkongsian hari ini memfokuskan kepada pembudayaan kesukarelawanan dalam masyarakat Malaysia khususnya dalam kalangan belia.
Sesi perkongsian anjuran Unit Komunikasi Korporat (UKK), KBS ini memberi peluang kepada warga KBS untuk membuat perkongsian ilmu agar dapat memberi manfaat kepada semua kakitangan KBS.
En. Shukeri memaklumkan bagi tahun 2024, KBS telah menggerakkan lebih 19 ribu orang sukarelawan menerusi Gaya Hidup Rakan Prohatin. Beliau juga turut menekankan agar kita sentiasa ringan tulang dalam membantu orang yang memerlukan.
Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS & YBrs. Pn. Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS .
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
