Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak Belia Earth Hour #MYTogetherPossible 2025
- ukk
22 Mac 2025 - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, hadir menyampaikan ucapan sempena Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak Belia Earth Hour #MYTogetherPossible 2025 yang dianjurkan oleh WWF-Malaysia dan Sunway University.
Sidang kemuncak ini dianjurkan sempena Earth Hour yang disambut pada 22 Mac setiap tahun, di mana seluruh dunia akan menutup lampu bagi meningkatkan kesedaran berkaitan kepentingan melindungi alam sekitar.
YBhg. Dato' KSU dalam ucapannya menekankan bahawa setiap tindakan kecil mampu memberi impak yang besar, keperluan untuk bekerjasama dalam menangani cabaran serta kepentingan melibatkan diri dalam isu-isu antarabangsa. Beliau turut berkongsi tentang program-program KBS bagi belia seperti Rakan Muda dan Dana Pengantarabangsaan Belia.
Turut hadir, YBhg. Profesor Sibrandes Poppema, Presiden Sunway University, YBhg. Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi WWF-Malaysia, YBhg. Profesor Dato' Dr Elizabeth Lee, Ketua Pengarah Eksekutif, Sunway Education Group dan YBrs. Dr Henry Chan, Pengarah Kanan Konservasi WWF-Malaysia
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI
