Perhimpunan Bulanan KBS - Mac 2025
- ukk
25 Mac 2025, Putrajaya - YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir menyampaikan amanat di Perhimpunan Bulanan KBS - Mac 2025.
Dalam amanatnya YBhg. Dato’ Ts. Dr. KSU mahu warga KBS untuk terus melaksanakan dan memperkasa reformasi perkhidmatan awam di samping meroformasikan diri sendiri juga.
Beliau juga mengingatkan agar kakitangan KBS untuk lebih tangkas dalam melaksanakan tugas dan penyampaian perkhidmatan kepada pemegang taruh khasnya kepada belia dan penggiat sukan.
Selain itu, beliau juga mahu sukan dijadikan sebagai platform untuk memperkukuh perpaduan negara seiring dengan gagasan Malaysia MADANI.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian Sijil Penghargaan Pembayaran Bil Sempurna Bagi Tahun 2024.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
