Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) Tahun 2024/2025
- ukk
26 Mac 2025, Putrajaya - Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) melaksanakan program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) Tahun 2024/2025 yang melibatkan seramai 119 orang Kadet DPA.
Salah satu submodul Strategic Partnership Programme (SPP), dua (2) orang Kadet DPA telah ditempatkan di Kementerian ini bagi menjalani latihan praktikal selama lima (5) minggu yang bermula pada 24 Februari 2025 sehingga 28 Mac 2025.
Antara tugasan peserta kadet DPA adalah perlu menyediakan satu Laporan Eksekutif berbentuk kajian bagi penambahbaikan penyampaian perkhidmatan di Kementerian yang mana ia telah dibentangkan kepada YBhg. Dato’ Ts. Dr. KSU, TKSU(S) dan TKSU(P) bersama pegawai-pegawai daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Bahagian Pembangunan.
Encik Mohamad Haqimi bin Mohd Azhar telah membentangkan Kajian Mengenai Pengurusan Perubahan Dalam Cadangan Penstrukturan Semula Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) manakala Encik Ahmad Aziff Ashraf bin Nor Azam telah membentangkan Kajian Terhadap Keberkesanan Pengurusan Projek Pembangunan Di Malaysia: Kajian Kes Projek Naik Taraf KOMBES Kampung Pandan.
Tahniah dan syabas di atas pembentangan. Selamat maju jaya!
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
