Berita KBS

Perasmian TASKA Team MAS

Perasmian TASKA Team MAS

27 Mac 2025, Bukit Jalil - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh merasmikan TASKA Team MAS bertempat di Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil.


Inisiatif ini merupakan langkah signifikan dalam memperkukuh sokongan kebajikan kepada atlet, jurulatih dan warga agensi sukan di KL Sports City.


TASKA Team MAS bukan sekadar sebuah pusat penjagaan kanak-kanak, tetapi satu simbol komitmen KBS dalam membantu golongan atlet dan kakitangan sukan menyeimbangkan tuntutan kerjaya dan tanggungjawab keluarga.


TASKA Team MAS kini menempatkan 25 kanak-kanak dan mempunyai kapasiti maksimum sehingga 70 orang. Beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam, pusat ini menawarkan penjagaan kepada kanak-kanak berusia antara 2 bulan hingga 4 tahun.
Di bawah pengurusan ISN, TASKA ini dikendalikan oleh lapan orang staf terlatih dan mengadaptasi modul pembelajaran holistik yang merangkumi pembangunan sahsiah, sosioemosi, fizikal, kreativiti, serta literasi awal.


Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.


#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 13-02-2026, 07:56:09
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.