Kunjung Hormat Daripada Wakil World Health Organization (WHO) ke Malaysia
- ukk
27 Mac 2025, Putrajaya - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menerima kunjung hormat daripada wakil World Health Organization (WHO) ke Malaysia iaitu Dr. Rabindra bersama para pegawai WHO iaitu Dr. Deepa Gamage dan Dr. Natalia Wroblewska.
Perbincangan berkisar mengenai peluang kerjasama yang boleh digerakkan antara KBS dan WHO melalui program-program KBS dan agensi-agensi KBS yang berkenaan. Antara isu-isu yang dibincangkan adalah gejala obesiti dalam kalangan masyarakat, kesihatan mental belia dan juga penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia.
Perbincangan antara KBS dan WHO ini diharap dapat memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua pihak bagi memastikan program-program advokasi dan kesedaran di peringkat komuniti dan kumpulan sasar dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dengan disokong data dan input daripada WHO.
KBS sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan WHO dan badan-badan antarabangsa berkaitan dalam menambahbaik kualiti kehidupan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Turut bersama dalam sesi ini ialah YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), En. Ahmad Faedzal Md Ramli, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, Puan Nurdiyana Baharum, Setiausaha Sulit Kanan kepda YB Menteri serta pegawai-pegawai KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
