Berita KBS

 Skuad SATRIA Rakan Muda - Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas di Putra Heights, Selangor

Skuad SATRIA Rakan Muda - Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas di Putra Heights, Selangor

3 April 2025, Subang Jaya, Selangor - Skuad SATRIA Rakan Muda turun padang menjalankan tugas kesukarelawanan bagi membantu mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Selangor.

Seramai lima orang petugas Skuad SATRIA bertugas di PPS Masjid Putra Heights melibatkan tugas seperti mengasingkan pakaian dan barang keperluan daripada sumbangan orang ramai serta tugasan-tugasan lain. 

YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS turut hadir menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada Encik Nadzmi bin Roslaimie daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) iaitu salah seorang warga KBS yang turut terkesan dengan musibah tersebut. 

Hadir sama YBrs. Puan Chan Hong Jin Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 21:47:25
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.