Berita KBS

 Lawatan KSU KBS Santuni Staf Agensi KBS Yang Terkesan Akibat Kebakaran Saluran Paip Gas

Lawatan KSU KBS Santuni Staf Agensi KBS Yang Terkesan Akibat Kebakaran Saluran Paip Gas

4 April 2025, Subang Jaya, Selangor - Lawatan KSU KBS Santuni Staf Agensi KBS Yang Terkesan Akibat Kebakaran Saluran Paip Gas

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) amat bersimpati dengan semua mangsa tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor 🔥

Pada 4 April yang lalu, Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah hadir bagi menyampaikan sumbangan dan kata-kata semangat kepada En. Rames Sannathamby, staf Sepang International Circuit (SIC) yang turut terkesan dalam insiden tersebut.

Menurut En. Rames, beliau dan ibubapa yang sudah berusia terpaksa bergegas keluar dari rumah bagi mengelak bahang letupan serta serpihan batu yang berterbangan pada hari kejadian.

Lawatan berlangsung di rumah abang beliau di Kota Seriemas dan turut disertai oleh Pn. Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, En. Richard Barahim, SUB Khidmat Pengurusan KBS, serta En. Azhan Shafriman Hanif, Ketua Pegawai Eksekutif SIC.

Kami mendoakan agar En. Rames sekeluarga terus bertabah dan dipermudahkan segala urusan 🤲

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #SICares

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 21:47:25
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.