Kunjungan Hormat Duta Besar Jepun ke Malaysia
- ukk
7 April 2025, Putrajaya - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Noriyuki Shikata, Duta Besar Jepun ke Malaysia.
Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah kerjasama semasa antara KBS dengan agensi dan organisasi Jepun dalam bidang sukan dan belia.
YB Menteri turut menyampaikan hasrat beliau agar Kerajaan Jepun dapat berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang tertentu seperti latihan dan pendidikan belia berkeperluan khas dan pembangunan kapasiti belia dalam pengurusan krisis dan bencana.
Selain itu KBS juga amat berminat untuk meneroka peluang-peluang baru dalam bidang industri sukan, pembangunan atlet dan kepakaran kejurulatihan dalam sukan-sukan terpilih serta inisiatif dan amalan hijau bagi penganjuran Sukan SEA 2027.
KBS percaya bahawa pengalaman serta kepakaran Jepun mampu memberi impak yang positif dan bermakna terhadap pembangunan belia dan sukan di Malaysia.
Turut hadir YBhg. Dato’ Dr. Ts. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan En. Ahmad Faedzal Md Ramli, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
