Berita KBS

Program Rakan Muda Turun Kampus -  Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Kampus Sungai Long, Selangor

Program Rakan Muda Turun Kampus - Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Kampus Sungai Long, Selangor

8 April 2025, Sungai Long, Selangor - Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Kampus Sungai Long, Selangor menjadi lokasi pertama pelaksanaan Program Rakan Muda Turun Kampus yang dimeriahkan dengan kehadiran YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.

Rakan Muda Turun Kampus merupakan program khusus yang membolehkan penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menyampaikan aspirasi, pandangan dan idea secara terus kepada kepimpinan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Dalam program penuh santai dan meriah ini, YB Menteri telah menyampaikan perkongsian bertajuk 'Belia di Malaysia: Cabaran dan Peluang' serta penerangan berkaitan inisiatif-inisiatif Kerajaan MADANI terutama melibatkan pembangunan belia, sukan dan Rakan Muda.

Dalam program yang sama turut diadakan penyerahan Sijil Pengesahan Penubuhan Sekretariat Rakan Muda (SRM) oleh YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) kepada Presiden SRM UTAR, Saudara Chew Zheng Xin .

Hadir sama, YBhg. Ir. Prof Dato' Dr. Ewe Hong Tat, Presiden UTAR dan YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

Yakin Boleh, Rakan Muda! 

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 01:56:04
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.