Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)
- ukk
9 April 2025, Putrajaya - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).
Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak telah membincangkan potensi kerjasama strategik bagi memperkasakan Belia India di bawah seliaan MITRA dalam landskap pembangunan belia dan sukan negara.
Turut hadir, YBrs. Encik Abdullah Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, dan YBrs. Dr. Mohamed Maliki, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
