
Kunjungan Hormat KSU Ke Atas Panglima Angkatan Tentera
- ukk
11 April 2025 - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Panglima Angkatan Tentera, YBhg. Jeneral Datuk Hj. Mohd Nizam Bin Hj. Jaffar pada hari ini.
Kunjungan hormat ini antara lain telah membincangkan potensi kerjasama untuk Kampung Angkat MADANI KBS, pembangunan sahsiah dan kekuatan mental belia serta atlet negara. Kerjasama ini selari dengan pendekatan whole-of-government.
Turut hadir Mej Jen Dato’ Ts Reizal Arif Tan Sri Ismail, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, YBrs. Dr Zainah Binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Malaysia, En. Jeffery bin Yon, Setiausaha Bahagian Dasar dan Strategik, KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja