Berita KBS

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KBS 2025

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KBS 2025

21 April 2025, Bukit Jalil, Kuala Lumpur - Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KBS 2025 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Majlis ini merupakan kesinambungan tradisi KBS bagi memupuk semangat perpaduan dan kemajmukan budaya dalam kalangan warga KBS dan juga pemegang taruh Kementerian.

Turut diserikan dengan majlis peluncuran JomPAY sebagai mod pembayaran tambahan dalam Sistem Tempahan Fasiliti (STF) Kementerian Belia dan Sukan.

Pengenalan kaedah ini selari dengan nilai teras daya cipta dan kesejahteraan dalam kerangka Malaysia MADANI dengan memperkenalkan inovasi digital yang memudahkan urusan rakyat serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam.

Turut hadir YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan & YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 22-05-2025, 14:16:06

Jumlah Pengunjung Laman :

Search