
Mesyuarat dan Kunjungan Hormat KSU KBS Bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
- ukk
24 April 2025, Kelantan - Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu mengadakan mesyuarat dan kunjungan hormat bersama YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
Perkara-perkara yang telah dibincangkan termasuk potensi kerjasama dalam bidang belia dan sukan, pembangunan fasiliti sukan di Kelantan, serta pembinaan fasiliti sukan terutamanya Kompleks Sukan Bukit Merbau yang bakal menjadi venue penganjuran SUKMA 2028.
Turut hadir, YBrs. En. Jefri bin Ngadirin, Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara, YBrs. En. Wan Zulfadhli Syahman bin Wan Yusof, Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan, YBrs. En. Mohd Saipudin bin Zakaria, Pengarah JBS Negeri Kelantan, YBrs En. Mohd Sabilly bin Mohd Ramli @ Annuar, Pengarah MSN merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukma Kelantan dan YBrs. En. Mohd Faez bin Othman, Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan, KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI