Makan Malam 2nd Consultative Meeting of Young Parliamentarians of AIPA (YPA)
- ukk
7 Mei 2025, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di majlis makan malam bersempena 2nd Consultative Meeting of Young Parliamentarians of AIPA (YPA).
Program yang berlangsung pada 5 hingga 7 Mei 2025 ini menghimpunkan seramai hampir 150 orang ahli parlimen muda dari negara ASEAN.
YPA menjadi platform yang memberi fokus kepada pengukuhan penyertaan belia dalam proses penggubalan dasar berkaitan isu semasa seperti merapatkan kesenjangan ekonomi, transformasi digital dan pembangunan inklusif.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
