Berita KBS

Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) Bil. 1/2025

Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) Bil. 1/2025

8 Mei 2025, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) Bil. 1/2025. 

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri memberi tumpuan memperkukuh pelaksanaan inisiatif pembangunan belia negara secara lebih menyeluruh dan strategik, antaranya menerusi platform Rakan Muda.

Turut diputuskan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2025 dilaksanakan secara besar-besaran di tiga peringkat iaitu daerah, negeri dan kebangsaan. Kemuncaknya ialah sambutan kebangsaan pada 13-15 Jun 2025 yang akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri.

YAB Timbalan Perdana Menteri memberi sokongan penuh kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam memperkukuh kolaborasi bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melalui pelaksanaan program pencegahan dan intervensi awal yang lebih berfokus.

Mesyuarat turut bersetuju pelaksanaan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 dan Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 ke arah membina generasi muda yang berdaya tahan, berakhlak dan bersedia menggalas amanah negara.

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan & YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 01:56:04
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.