Roundtable Convention on Sports Coaching 2025 (RCSC25)
- ukk
13 Mei 2025, Putrajaya - Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) di bawah Institut Sukan Negara (ISN) bersama Pusat Kecemerlangan Kejurulatihan Sukan ASEAN (ACSC) melancarkan Roundtable Convention on Sports Coaching 2025 (RCSC25) di Hotel Zenith, Putrajaya.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, dengan kehadiran wakil negara ASEAN, ICCE, dan pakar kejurulatihan serantau.
Bertemakan “Coaching ASEAN Forward: Unity, Structure and Excellence”, RCSC25 menjadi platform utama menyelaras rangka kerja kejurulatihan ASEAN dan mengangkat profesion jurulatih ke tahap lebih tinggi.
RCSC25 merangkumi bengkel, seminar, dan perbincangan pakar ke arah pembangunan jurulatih berasaskan sains, amalan terbaik dan kerjasama serantau.
Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
