Majlis Penutup Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- ukk
18 Mei 2025, Kuala Lumpur - YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi,Timbalan Perdana Menteri merasmikan Majlis Penutup Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Lanai @ Matic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Sambutan Hari Belia Negara yang diraikan setiap tahun merupakan manifestasi penghargaan kepada sumbangan besar golongan belia dalam pembangunan negara.
Konsep yang diketengahkan dalam sambutan Hari Belia Negara pada tahun ini adalah Himpunan Belia Negara yang berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
YAB Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Ikon Belia Wilayah Persekutuan dan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) kepada belia yang aktif menyumbang bakti dalam pelbagai aspek seperti sosial, ekonomi dan pembangunan negara.
Dengan tema tahun ini ‘Yakin Boleh’, Hari Belia Negara 2025 membawa mesej optimisme dan semangat untuk melahirkan generasi muda yang berdaya saing dalam merealisasikan visi Malaysia MADANI.
Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI
