4th ASEAN Youth Dialogue dan 4th ASEAN Youth Leaders’ Interface with ASEAN
- ukk
23 Mei 2025, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan 4th ASEAN Youth Dialogue dan 4th ASEAN Youth Leaders’ Interface with ASEAN, berlangsung di Kuala Lumpur.
Program yang bermula pada 22 hingga 28 Mei 2025 bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 ini menghimpunkan lebih 85 orang pemimpin belia dari negara- negara ASEAN dan Timor-Leste, serta wakil-wakil agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selaku rakan strategik.
Bertemakan "Youth for a Sustainable Future: Empowering Inclusion and Driving Change in ASEAN", program ini memperkukuh peranan belia sebagai agen perubahan dalam pembangunan mampan dan kelestarian rantau ASEAN.
Sepanjang program, para peserta terlibat secara aktif dalam sesi dialog, bengkel, dan perbincangan dasar yang memberi tumpuan
kepada isu-isu utama seperti pendidikan berkualiti, pembangunan ekonomi, inovasi digital, perubahan iklim, kesihatan mental, dan
keterangkuman sosial.
KBS percaya bahawa penglibatan aktif belia dalam dialog dan proses pembuatan dasar adalah kunci kepada masa depan ASEAN yang inklusif, berdaya tahan, dan mampan.
Penganjuran program ini juga selaras dengan komitmen Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 untuk memperkasakan belia dan memperkukuh kerjasama serantau.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
