Berita KBS

Majlis Perasmian Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Johor

Majlis Perasmian Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Johor

23 Mei 2025, Johor Bahru, Johor - YAB Dato’  Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri diiringi oleh YB  Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Perasmian Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Johor bertempat di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru, Johor.

Bertemakan “Belia MADANI, Yakin Boleh!”, PMR 2025 Negeri Johor memberi keutamaan kepada pemberdayaan belia dan sukan menerusi pelbagai perkhidmatan seperti aktiviti sukan massa, inisiatif pembangunan kerjaya, keusahawanan dan kesejahteraan sosial, serta libat urus bersama-sama komuniti setempat.

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah perkhidmatan touchpoint rakyat, inisiatif kesejahteraan, jualan MADANI, kaunter saman PDRM, perkhidmatan kesihatan, tawaran pekerjaan, program pertukaran topi keledar serta aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian insentif Geran Padanan Sukan (GPS), Dana Sukan Komuniti (DSK), serta Geran SejaTi MADANI sebagai langkah menyokong pembangunan sukan, komuniti dan kepimpinan belia peringkat akar umbi di Johor.

Pelaksanaan PMR 2025 Negeri Johor ini merupakan kerjasama strategik antara Kementerian Belia dan Sukan sebagai kementerian peneraju dan Kerajaan Negeri Johor dengan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Pejabat Perdana Menteri.

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan pengurusan kanan kementerian.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 01:56:04
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.