Pelancaran Video Kesedaran Kempen Belia Bebas Dadah Bersama Pawagam
- ukk
26 Mei 2025, Kuala Lumpur - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hari ini mengumumkan kerjasama strategik antara KBS menerusi Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN dengan TGV Cinemas bagi memperkasakan lagi kempen Belia Bebas Dadah.
Kerjasama strategik ini dilaksanakan dengan penayangan video kesedaran mengenai bahaya dadah dan bahan terlarang sebelum tayangan filem di pawagam TGV Cinemas seluruh negara.
Pelancaran video kesedaran ini sebagai salah satu platform strategik untuk menyampaikan mesej kesedaran secara lebih dekat dan berimpak tinggi kepada khalayak umum, khususnya golongan belia dan juga ibu bapa.
KBS percaya bahawa pawagam bukan sekadar tempat hiburan, tetapi juga ruang untuk mendidik dan menyatukan keluarga.
Melalui kempen ini, KBS dan TGV Cinemas mahu menjadikan pengalaman ke pawagam sebagai peluang untuk menyemai nilai positif dalam kalangan belia dan ibu bapa.
KBS dan Rakan Muda akan terus mempergiatkan advokasi Kempen Belia Bebas Dadah demi memastikan kesejahteraan belia diberikan keutamaan dan perhatian seiring dengan nilai-nilai MADANI iaitu kesejahteraan belia.
KBS turut berterima kasih kepada rakan-rakan strategik dalam menjalankan dan menjayakan Kempen Belia Bebas Dadah ini.
Turut hadir bagi memberi sokongan kempen ini atlet Mohamad Aniq Kasdan, atlet angkat berat, Nor Farah Ain Abdullah, Olahragawati Kebangsaan 2024 (atlet lawn bowls) dan Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, atlet bina badan.
Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI
