Gala Dinner 4th ASEAN Youth Dialogue
- ukk
27 Mei 2025, Kuala Lumpur - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir di Gala Dinner 4th ASEAN Youth Dialogue.
Majlis makan malam ini bagi meraikan delegasi belia ASEAN yang telah menjalani program 4th ASEAN Youth Dialogue yang berlangsung pada 23 hingga 27 Mei 2025.
ASEAN Youth Dialogue merupakan peluang keemasan untuk belia di rantau ini bekerjasama, berkongsi idea, dan membina serta memperkukuh hubungan erat dalam kalangan belia ASEAN.
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia membawa satu visi yang bukan sahaja mengukuhkan perpaduan serantau, tetapi juga menjadikan ASEAN sebagai peneraju utama dalam perubahan global berasaskan nilai serta kekuatan yang dimiliki oleh rantau ini khususnya yang menyentuh pembangunan belia.
Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
