Kunjungan Hormat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, dan Koperasi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
- ukk
30 Mei 2025, Putrajaya- Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah menerima Kunjungan Hormat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, dan Koperasi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi Mad Shah.
YBhg. Dato' Ts. Dr. KSU telah menzahirkan ucapan terima kasih KBS kepada Kerajaan Negeri Johor atas bantuan dan sokongan dalam menjayakan Program MADANI Rakyat dan sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Johor yang telah berlangsung di Toppen Mall, Johor Bharu baru-baru ini.
Susulan itu, KBS dan YB telah membincangkan pembangunan dan pengurusan fasiliti sukan negeri Johor serta potensi kerjasama.
KBS berharap kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat diteruskan dalam memperkasakan agenda pembangunan belia dan sukan negara melalui pendekatan whole-of-government.
Turut hadir, Yang Berhormat Dato' Haji On bin Jabbar @ Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan); Encik Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KBS; YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negara; Puan Dalila binti Sharingat, Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS; Ts. Ekmaludin bin Ishak, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor; dan Encik Shamsuhaime Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor
