Tawaran Sewaan/Pajakan Tanah Milik Pesuruhjaya Tanah Perseketuan (PTP) di Bawah Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
- ukk
KBS menawarkan sewaan/pajakan tanah milik PTP di bawah KJP KBS untuk tujuan pembangunan fasiliti sukan atau kemudahan aktiviti belia dan sukan. Sesuai untuk projek pembangunan yang memberi manfaat kepada masyarakat serta mengoptimumkan penggunaan tanah-tanah kosong di bawah KJP KBS.
Senarai tanah adalah seperti berikut:
1. No. Lot PT1593, Mukim Ulu Lepar, Daerah Kuantan, Pahang – Keluasan 1.2141 hektar (3.00 ekar)
2. No. Lot PT6179, Mukim Luit, Daerah Maran, Pahang – Keluasan 0.1692 hektar (0.41811 ekar)
3. No. Lot LOT15112, Mukim Selandar, Daerah Jasin, Melaka – Keluasan 0.4047 hektar (1.000 ekar)
4. No. Lot LOT15111, Mukim Selandar, Daerah Jasin, Melaka – Keluasan 0.3868 hektar (0.9558 ekar)
5. No. Lot PT1287, Mukim Bongor, Daerah Baling, Kedah – Keluasan 11.9373 hektar (29.4983 ekar)
6. No. Lot PT1972, Mukim Bandar Baling, Daerah Baling, Kedah – Keluasan 3.9650 hektar (9.7979 ekar)
7. No. Lot PT3973, Mukim Bandar Seri Iskandar, Daerah Perak Tengah, Perak – Keluasan 8.0010 hektar (19.7713 ekar)
8. No. Lot PT13594, Mukim Jorak, Daerah Muar, Johor – Keluasan 1.0926 hektar (2.6999 ekar)
9. No. Lot LOT2299, Mukim 13, Daerah Timor Laut, Pulau Pinang – Keluasan 0.2680 hektar (0.6623 ekar)
10. No. Lot LOT18978, Mukim Utan Aji, Daerah Perlis, Perlis – Keluasan 4.1810 hektar (10.3316 ekar)
Tatacara permohonan:
Semua permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
* Surat permohonan berserta alamat lengkap pemohon dan ditandatangani.
* Tujuan sewaan/pajakan.
Status dan maklumat lengkap tanah yang dipohon pajakan sebagaimana berikut:
* No. Lot / No. Bangunan
* Mukim / Pekan/ Bandar
* Daerah
* Negeri
* Salinan hakmilik
* Carian rasmi terkini
* Pelan lokasi /pelan tapak
Jika permohonan dari syarikat, kemukakan:
* Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat
* Salinan artikal MAA
* Salinan Borang 24 dan 29
* Salinan R.O.B
Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada JKPTG di alamat berikut:
JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (Persekutuan)
Seksyen Harta Tanah Persekutuan
Aras 2, Blok Menara
Lot 4G3, Presint 4
Pusat pentadbiran kerajaan persekutuan
62574 PUTRAJAYA.
No. Tel.: 03-8871 2609
No. Faksimili: 03-8889 3855
Bersama-sama kita mengoptimumkan penggunaan tanah demi kemajuan aktiviti sukan dan pembangunan belia!
