Kunjungan Hormat Daripada Delegasi Binary University
- ukk
5 Jun 2025, Putrajaya - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah menerima Kunjungan Hormat daripada delegasi yang diketuai oleh YBhg Tan Sri Dato Professor Joseph Adaikalam, Presiden dan Pengerusi Eksekutif Binary University.
Antara intipati perbincangan termasuk potensi kerjasama dalam pembangunan kemahiran belia, TVET serta kursus-kursus pembangunan sumber manusia secara berterusan.
Turut hadir, YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KBS, Puan Dalila Sharingat, Pengarah Kemahiran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia dan Encik Jeffery bin Yon, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik. Delegasi Binary University terdiri daripada YBrs. Professor Dr. Sulochana Nair, Naib Canselor; YBhg. Puan Sri Datin Dr Rohini Devi , Timbalan Naib Canselor; YBhg. Dato' Gilbert Alvin , Ketua Pengarah Kolaborasi dan YBrs. Professor Dr. Asif Mahbub Karim, Dekan.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI
