Berita KBS

Majlis Perasmian Hari TVET Negara 2025

Majlis Perasmian Hari TVET Negara 2025

12 Jun 2025, Melaka - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Majlis Perasmian Hari TVET Negara 2025 di Melaka.

Bertemakan “TVET Pilihan Utama Kerjaya” majlis yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik termasuk seminar, bengkel serta pertandingan berasaskan inovasi, teknologi dan teknikal.

Lebih 50 reruai pameran berkaitan TVET membabitkan pelbagai agensi disediakan termasuk daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sepanjang sambutan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 12 hingga 13 Jun 2025.

Hari TVET Negara 2025 juga menampilkan penglibatan empat tunjang utama dalam bidang berkenaan, iaitu industri, institusi, badan bukan kerajaan serta agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan & YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 01:56:04
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.