Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025
- ukk
14 Jun 2025, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Sambutan yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengangkat tema “Yakin Boleh” dan berfokuskan kepada 15 port dengan lebih daripada 100 pengisian aktiviti bermula 13 hingga 15 Jun.
Penganjuran majlis ini merupakan kemuncak kepada sambutan HBN yang disambut setiap tahun pada 15 Mei dengan tujuan meraikan peranan dan penglibatan golongan belia dalam pembangunan negara .
YAB Perdana Menteri turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025.
Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan & YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
