Program Pembudayaan Sukan Untuk Golongan Minoriti – KL Car Free Morning (Istimewa Run) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2025
- ukk
15 Jun 2025, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan sesi pelepasan Program Pembudayaan Sukan Untuk Golongan Minoriti – KL Car Free Morning (Istimewa Run) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2025 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Program yang dilaksanakan bersempena dengan Sambutan HBN) Peringkat dengan kerjasama Persatuan Olahraga WP Kuala Lumpur. melibatkan 300 orang peserta Orang Kurang Upaya (OKU) dalam dua acara iaitu larian 3km dan 5km (Fun Run).
Program ini bertujuan untuk memperkasa masyarakat, terutamanya golongan OKU, untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan mengamalkan gaya hidup aktif selaras dengan aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Sukan (Sporting Nation).
Program ini merupakan usaha berterusan KBS untuk merakyatkan dan membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat secara inklusif.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran
Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI
