Berita KBS

Rakan Muda Turun Kampus ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam

Rakan Muda Turun Kampus ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam

20 Jun 2025, Puncak Alam, Selangor - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan meneruskan jelajah Rakan Muda Turun Kampus ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam.

Rakan Muda Turun Kampus merupakan program khusus yang membolehkan penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menyampaikan aspirasi, pandangan, dan idea secara terus kepada kepimpinan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Dalam sesi ini, YB Menteri berpeluang menyampaikan perkongsian serta penerangan berkaitan inisiatif-inisiatif Kerajaan MADANI terutama melibatkan pembangunan belia, sukan dan Rakan Muda.

Inisiatif ini selari dengan nilai teras Keyakinan dan Ihsan di bawah konsep Malaysia MADANI yang menekankan harapan dan kepentingan mendengar suara belia, menyantuni keperluan mereka serta memberi ruang untuk mereka menyumbang secara langsung kepada pembangunan negara.

Rakan Muda, Yakin Boleh!

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 01:56:04
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.