ASEAN Persons With Disabilities (PWDs) In Sports Conference 2025
- ukk
21 Jun 2025, Putrajaya - Sempena Kepengerusian ASEAN Malaysia Tahun 2025, KBS menganjurkan ASEAN Persons With Disabilities (PWDs) In Sports Conference 2025 pada 20 hingga 21 Jun 2025 bertempat di Putrajaya yang dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.
Persidangan ini yang turut disokong oleh Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) merupakan salah satu inisiatif utama KBS di bawah pelaksanaan ASEAN Work Plan on Sports 2021–2025.
Persidangan yang bertemakan “Inclusive Sports for All: Breaking Barriers, Building Bridges in ASEAN” ini merupakan manifestasi komitmen Malaysia dalam mendepani cabaran sosial serantau dengan menjunjung nilai keterangkuman dan kesaksamaan, seiring dengan aspirasi Kerangka Malaysia MADANI yang menekankan enam teras utama: Kemampanan, Kesejahteraan, Daya cipta, Hormat, Keyakinan dan
Ihsan.
Matlamat utama persidangan ini adalah untuk menghakupayakan komuniti OKU melalui pembangunan sukan untuk semua, sekaligus merealisasikan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat serantau.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
