Berita KBS

Kepengerusian ASEAN Malaysia Tahun 2025 - Konferens ASEAN mengenai Kesaksamaan Gender Dalam Sukan 2025

Kepengerusian ASEAN Malaysia Tahun 2025 - Konferens ASEAN mengenai Kesaksamaan Gender Dalam Sukan 2025

24 Jun 2025, Pulau Pinang - Sempena Kepengerusian ASEAN Malaysia Tahun 2025, KBS menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) menganjurkan Konferens ASEAN mengenai Kesaksamaan Gender Dalam Sukan 2025.

Program yang disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan bertempat di Pulau Pinang ini bermula pada 24 hingga 26 Jun 2025 dengan menghimpun lebih 300 orang delegasi ASEAN yang terdiri daripada pemimpin sukan, pembuat dasar serta penggiat sukan wanita dari seluruh Asia Tenggara.

Bertemakan ‘Breaking Barriers, Building Champions – Together’ Malaysia komited memperkasa kesaksamaan gender dalam sukan di peringkat serantau ASEAN. 

Program ini juga bertujuan bagi merangka langkah kolektif dalam usaha memperkukuh peranan wanita dalam ekosistem sukan di rantau ASEAN.

Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 01:56:04
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.