Majlis Penutup Konferens ASEAN mengenai Kesaksamaan Gender Dalam Sukan 2025
- ukk
26 Jun 2025, Pulau Pinang - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir menyempurnakan Majlis Penutup Konferens ASEAN mengenai Kesaksamaan Gender Dalam Sukan 2025.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa kemajuan wanita dalam kepimpinan dan proses membuat keputusan dalam sukan bukan sekadar soal kuota, malah merupakan keperluan penting untuk memperkukuh institusi, meningkatkan daya tahan, memacu inovasi dan membina ekosistem yang benar-benar inklusif.
Bermula pada 24 hingga 26 Jun 2025 konferens ini menghimpun lebih 300 orang delegasi ASEAN yang terdiri daripada pemimpin sukan, pembuat dasar serta penggiat sukan wanita dari seluruh Asia Tenggara.
Bertemakan ‘Breaking Barriers, Building Champions – Together’ Malaysia komited memperkasa kesaksamaan gender dalam sukan di peringkat serantau ASEAN.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
