Malam Gala dan Majlis Penutup ASEAN Youth Esports Championship 2025
- ukk
26 Jun 2025, Puchong, Selangor - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Malam Gala dan Majlis Penutup ASEAN Youth Esports Championship 2025.
ASEAN Youth Esports Championship 2025 yang dianjurkan bersempena dengan Kepengerusian ASEAN 2025 ini menghimpunkan para pemain esukan di rantau ini yang bermula pada 24 hingga 25 Jun 2025.
Kejohanan ini pastinya mampu menjadi titik permulaan untuk saingan yang lebih besar serta dianjurkan negara ASEAN lain pada masa depan.
P asukan Indonesia muncul juara keseluruhan kejohanan dengan menyapu bersih kesemua tiga pingat emas ditawarkan iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita dan beregu campuran.
Malaysia membawa pulang dua perak diikuti Thailand yang merangkul satu perak dan dua gangsa manakala Myanmar meraih satu gangsa.
Hardir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
