Roundtable Discussion: ASEAN Youth Mental Health 2025
- ukk
29 Jun 2025, Kota Kinabalu, Sabah - Bersempena dengan Kepengerusian ASEAN 2025, KBS melalui agensinya, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) menganjurkan Roundtable Discussion: ASEAN Youth Mental Health 2025 bertempat di Kota Kinabalu, Sabah.
Sesi perbincangan yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh menghimpunkan pakar kesihatan mental, pengamal, pembuat dasar, pegawai kerajaan, serta wakil masyarakat sivil dari negara anggota ASEAN dan Timor-Leste.
Bertemakan “ASEAN Youth Voice: Empowering Minds, Ensuring Well- being,” sesi perbincangan ini memainkan peranan penting dalam memperkasa agenda kesihatan mental serantau untuk golongan belia.
Perbincangn ini juga bertumpukan kepada mengenal pasti cabaran budaya, sosial dan ekonomi yang mempengaruhi kesedaran kesihatan mental, akses kepada perkhidmatan rawatan di rantau ini, meningkatkan kerjasama serantau antara negara anggota ASEAN melalui perkongsian amalan terbaik, dasar dan program dan sebagainya.
Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
