Majlis Penyerahan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai "First to Complete Nozomi Coast to Coast Run (Female) Distance 444KM"
- ukk
10 Julai 2025, Putrajaya - Kejayaan dan pencapaian luar biasa atlet ultra running negara, Puan Noor Ainun Yeop Kamaruddin telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai "First to Complete Nozomi Coast to Coast Run (Female) Distance 444KM".
Upacara penyerahan MBOR telah disempurnakan oleh YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Pengiktirafan ini merupakan simbol penghargaan atas semangat dan dedikasi beliau dalam sukan ultra running.
Beliau berjaya menamatkan larian Nozomi Coast to Coast sejauh 444km dari Lumut, Perak ke Bachok, Kelantan dalam masa 114 jam 18 minit 14 saat sekaligus mengukir sejarah sebagai peserta wanita Malaysia pertama yang menamatkan larian 444km Nozomi Coast To Coast sejak edisi pertama pada 2017.
KBS mengucapkan tahniah atas pencapaian yang cemerlang ini. Usaha dan kejayaan beliau diharapkan dapat memberi inspirasi dan galakan kepada seluruh komuniti sukan serta menyemarakkan lagi pembudayaan sukan secara keseluruhan di Malaysia.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
